KDM PEOPLE ARE NOW TALKING ABOUT THE GAGARIT KDM INVENTED BY DR MOHD ZAKARIA ILYAS OF KAMPUNG TAGUDON LAMA, RANAU, SABAH, MALAYSIA
Most intellectuals KDM are presently talking about the DusunKadazan Alphabets (KDM Gagarit). I was attracted when I read about it in the facebook and blogs. I personally met Dr Mohd Zakaria Ilyas and had a discussion relating to the Alphabets he had invented. In this encounter I managed to dig out a few informations about the alphabets and about Dr Mohd Zakaria Ilyas profile informations. some part of it are as follows: BIODATA DR MOHD ZAKARIA ILYAS Dalam bahasa DusunKadazan ada 28 huruf abc (abada) yang telah dicipta pada tahun Oktober 24, 1970. Penciptanya Dr Mohd Zakaria Ilyas, seorang anak watan Dusun Tagahas-Liwan lahir pada 24hb October, 1945 di Kampung Tagudon Lama, Ranau, Sabah, Malaysia. Dr Zakaria Ilyas mendapat pendidikan awal di Native Voluntary School (NVS), Kg Tagudon Lama dari tahun 1955 hingga 1956 kemudian berpindah ke Government Primary School (GPS) pada tahun 1957-1958, Beliau melanjut pelajaran Sekolah Menengah di Sabah College pada tahun 1959-1964. Selepas Persekolahan Sekolah Menengah beliau masuk ke Maktab Perguruan Gaya, Kota Kinabalu tahun1966 -1968 untuk menjadi seorang guru Sekolah Menengah. Kemudian beliau ditawarkan biasiswa Colombo Plan pada tahun 1970 untuk mengikuti kursus Bahasa Inggeris dan Linguistik di Victoria University, New Zealand. Beliau merupakan seorang yang mengabadikan diri kepada pendidikan berterusan telah meneruskan pendidikan peringkat “Master dalam Sains Pengurusan” dari University Hawii Pacific (USA 1984-1988) dan “Ph. D dalam jurusan Sosiologi” dari Belford University (USA 1992-1995). Dr Zakaria Ilyas telah mula menulis dan menjadi wartawan bebas sewal dari umur 14 tahun (1959) dididik oleh Guru Besar, Sekolah Rendah, Ranau bapa angkatnya Abdul Ghani Bagul yang berasal dari Kg Buit Hill, Putatan, Kota Kinabalu ketika masih dalam bangku Sekolah Rendah untuk “The North Borneo News and Sabah Times”. Beliau mendapat dorongan mencipta gagarit ini daripad cerita bapanya Langgoi Bin Gawar @ Ilyas bin Gawar Pangandai bin Warihon bin Gombunan keturunan keluarga Gouling. Beliau telah membuat kajian tentang kebudayaan dan adat tradisi Dusun bermula pada tahun 1958. Beliau belajar daripada ibunya Saminah binti Kansanad, Goddah, Sempuen, Damai seorang Bobolian terkenal di Ranau sebelum memeluk agama Islam pada tahun 1940. Dia juga mendapat pelajaran tentang Tradisi warisan Nunukragang dari seorang Ketua Daerah ulung di Ranau, Gundohing OKK Sepikit Bin Kabindong @ Simon mula pada tahun 1958. Ketika itu Dr Zakaria Ilyas belajar dalam Darjah enam Sekolah Melayu yang dipanggil Government Primary School, Ranau (GPS Ranau) sekolah yang terletak 300 meter dari rumah OKK Sepikit Kabindong, Kampung Puru-Puru, Ranau. Dr Zakaria Ilyas bersama kawan karib sekolaknya Jaimi bin Ginsos adik kepada isteri OKK Sepikit, Umpil bte Ginsos. Pindik kata hamper setiap hari Jaimi dan Dr Zakaria pergi ke rumah kakak Jaimi. Demikianlah sebuah biodata ringkas tentang Dr Mohd Zakaria Ilyas, Pencipta Gagarit Dusun.
No comments:
Post a Comment